Thursday, March 24, 2011

Darah!


Ibnu al-Nafis adalah manusia pertama yang menemui sistem peredaran darah dalam tubuh badan, 300 tahun lebih awal daripada William Harvey (1628) seperti yang dicatatkan di dalam Ensiklopedia Perubatan pada tahun 1820-an. Darah cecair merah yang dipamkan oleh jantung melalui salur darah, arteri, dan vena lalu mengalir ke seluruh tubuh badan. Darah ini membawa oksigen, makanan dan lain-lain nutrien ke setiap tisu serta menyerap karbon dioksida, mineral dan air untuk dikumuhkan.

Ibnu al-Nafis

sumber : Dara.com April 2011

5 Tips Sayangi Kulitmu

Tips 1
Kehabisan penyegar?

Belah sebiji buah lemon dan perah jusnya ke dalam piring bersih. Basahkan bebola kapas bersih dengan jus lemon tadi lalu sapu pada kulitmu. Ia membersihkan liang pori sambil mencegah bakteria. Murah dan selamat!

Tips 2
Kulitmu sensitif dan mudah bertompok-tompok merah? Habit mandi air panas, mengambil alkohol serta makanan pedas atau berempah boleh memburukkan keadaan. Hindarilah.

Tips 3
Mahu bersedia untuk acara penting lalu bercadang melakukan rawatan wajah di salun? Ada baiknya rawatan dibuat seminggu sebelum itu. Jika kulitmu mengalami kerengsaan, kamu punya masa memulihkannya.

Tips 4
Ada rerambut halus ala kumis di atas bibir, amat menjengkelkan kamu? Jangan sekali-kali menghayun pisau cukur pada mukamu. Sebaliknya, gunakan saja pita pelekat untuk menarik misai tidak diingini itu daripada tebing bibir.

Tips 5
Selalulah membawa kertas pedap minyak di dalam tas tangan. Daripada merias semula solekan dengan menampal bedak padat sehingga menyumbatkan pori-pori, ada baiknya kamu kembalikan kesegaran wajah dengan kertas pedap minyak.


sumber : Intrend Mac 2011
 
Blog Design by Ammupappa